Pantun Merdeka
Tersebut al-kisah Moz Monster, perantau dari negeri yang namanya dipanggil Malaysia.
Sewaktu Moz sibuk merantau mencari nafkah di negeri asing yang dinamakan Australia, Moz menerima cabaran meme daripada Sang Tak Dapat Di Elak yang juga dikenali dengan nama timangannya, inevitable. Nama omputih lah tu. Yang Moz Monster tu pun, nama omputih ...
Cabaran Sang Tak Dapat Di Elak adalah untuk menyempurnakan tugasan untuk menulis satu paparan belog dalam bahasa Malaysia, and supaya diilhamkan pantun Hari Merdeka ... aduhai ... payah nak buat nie ... tapi, Moz Monster ni jantan sejati, kiranya dicabar, pasti akan menyahut cabaran. Dan sudah semestinya akan menyempurnakan cabaran ...
Ha ... sebelum Moz berpantun nie, peguam bela Moz nie nasihatkan Moz agar kalian pembaca dimaklumkan bahawasanya Moz nie, tak pandai berbahasa, lagi tak pandai nak berpantun. Kalau bahasa Moz nie tak menepati piawaian Dewan Bahasa dan Pustaka tu, jangan mimpi pun nak bawak Moz ke makamah ke, atau nak debat kat Parlimen usul untuk mengecam belog Moz nie ... paham tak ni? Yang tak rela nak baca pantun Moz yang tak mematuhi piawaian DBP tu, ha, boleh berambus sekarang nie ...
Ingatkah kamu hari itu,
Sewaktu negaraku lahir merdeka,
Ingatkah kamu hari itu,
Titik permulaan negara kita
Terkenang kembali saat gemilang,
Sahutan 'Merdeka !!' berulang kali,
Impian seluruh rakyat terjulang,
Senyum di muka, Gembira di hati
Berkobar kobar semangat membara,
Membela rakyat, membina negara,
Menjulang impian rakyat jelata,
Membina martabat sebuah bangsa
Kini hampir separuh abad berlalu,
Semarak lagikah semangat merdeka,
Ingatkah kamu hari itu,
Sewaktu negaraku lahir merdeka
Wahai saudaraku dari Malaysia,
Ukirkanlah semangat merdeka dihati,
Jangan persiakan perjuangan merdeka,
Hasil merdeka bersama kita dinikmati
Marilah bersama bersatu dihati,
Bersama membina bangsa Malaysia,
Impian merdeka belum dikecapi,
Bangun rakyat Malaysia, bangun bersama
Masih banyak perjuangan kita,
Ingatlah semangat ketika merdeka,
Satukan hati dan kerahkan usaha,
Agar tercapai jua impian merdeka
Ah ... kan dah kata ... Si Moz nie, tak pandai berpantun pantun nie ... dan yang teg-teg ni, takde lah nak teg tiga rakan belog ... cuma dua ... tu pun kalau dia orang tu rela ... yang satu - Pelf, yang lagi satu tu ... Jemima.
Moz tak sabar menanti dua rakan belog yang kena teg menyahut cabaran pantun merdeka.
17 comments:
Hahahahahahahahahaha!
Patik tak dapat tahan daripada ketawa terbahak-bahak semasa membaca 3 perenggan pertama ini! Sungguh Sejarah Melayu! Sungguh liu!!!
Setakat ini, patik dapati Bee Em Sang Moz adalah antara yang terror sekali. Namun, patik tak hairan sama sekali sebab Sang Moz seorang yang bijak bestari ;)
biar betul Si Omputih Moz berpantun! Asal pantun mu nie, rupanya sajak tapi intipatinya pantun? itu yang aku hairan nie. anyway, bagus jugak la ko nie. ingatkan jugak Malaysia walaupun di tanah orang. pandai jugak mak ko besarkan ko jadi omputih yang mengenang budi.
then again, happy jugak lah aku hari nie. dapat jugak aku access kan diri ku kat blog mu ini. SELAMAT HARI MERDEKA yek?
Shitsurei shimasu.
Wakarimasen.
Dekimasen.
Sumimasen.
Domo arigato.
English translation:
Excuse me, I'm sorry.
I do not understand.
I cannot do it.
I'm sorry.
Thank you very much.
#Jemima bows & leaves the comment box silently#
angeliu
Patik cuma menulis pantun sebaik yang patik berupaya. ...
cheng sim
Sebenarnya ... patik pun tidak tahu apa yang telah patik catatkan ... patik cuma tembak ....
jemima
No worries ... I tagged you with a meme, but you didn't have to do it if you didn't want to ...
Hamba inevitable amatlah impress,
Baca puisi moz ini yang gila best,
Hamba tahu moz orang yang menyahut cabaran,
Bak kata pepatah, dimana ada kemahuan disitu ada jalan!
My Malay is hmmmm...hmmmmm I don't know how to describe it.
Anyway, I've already prepared my series of post for National Day - in English, I'm afraid. That shows how much of a Malaysian I ain't, eh? :(
Thanks, Moz. HUGS!!!
Sang Tak Dapat Di Elak
Terik Matahari Dahagakan Tekak,
Panas dijemur patik nan serik,
Terfikir diminda hendak dielak,
Namun yang tersoal terjawab balik ...
Dude, this is a tough one, ok? Tough ....
jemima
No worries ... it's not the first time someone doesn't fulfil a tag, and for whatever reasons, it's totally up to the tag receipient to answer ...
And no, not speaking BM well doesn't diminish one's standing as a good Malaysian ...
Moz the great
Apakah cuaca sekarang di Australia?
Tanahair kini pagi kabut malam bergelora,
Tak terlintas langsung diminda hamba,
Yang saudara akan mengelak sahutan merdeka.
Yes, I know, mine sucks... hehe
fuhyo...bukan main lagi canggih...berpantun-mantun dun prey prey
Fuiohhh patik pun takleh lawan pantun2 semua ni.
Anyway patik nak ucapkan Selamat Hari Merdeka kepada Moz. Jangan lupa kibarkan bendera Malaysia walaupun Moz di negara orang tau.
inevitable: Dude ... I was just sooooOOOOoooOOOooo busy ... but I did finish the meme !!!
fashionasia: Phew ... I'm tired from all the pantun-mantun ... so glad I can Engrand again ... =)
che-cheh: Wah ... adinda che-cheh turut serta berpantun?? Wah ... adinda che-cheh ni ... akan kekanda Moz kibarkan bendera Malaysia biarpun kekanda merantau di negara omputih ...
mozzie mozzie
wanna wanna meme?
we have tagged u, hehehehe...
Whoa! Awesome poem! Happy National Day & Happy nth Birthday!
Selamat Hari Merdeka and Happy Birthday!
Cheers fren.
pelfyeen:
Tenkiu ... tenkiu ...
che-cheh:
I weally birthday on 31st August ...
Pantun yang menarik. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
http://suara-aku.blogspot.com/
Shitsurei shimasu.
Wakarimasen.
Dekimasen.
Sumimasen.
Domo arigato. <---- yg ni pun mcm pantun gak.. hahaha
Post a Comment